THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, June 3, 2009

dedication

Muzik itu Hidupku



kenapa saya minat sangat pada kugiran Terpisah ni?


di kesempatan ini,saya rasa adalah lebih wajar saya berbelog dalam bahasa kebangsaan kita,bahasa Malaysia.walaupun agak pelik kerana ini adalah kali pertama tetapi tidak mengapa.sebagai tukang belog saya seharusnya berani mati,hee~

kehidupan saya boleh diumpamakan sebagai opera sabun atau dalam bahasa omputehnya 'soap opera'.kehidupan saya dikelilingi muzik dan lagu-lagu yang seakan-akan runut bunyi bagi setiap kejadian yang berlaku.atas sebab itulah,saya jatuh cinta pada bidang muzik.

dengan itu,saya mulalah berangan-angan untuk menjadi ahlil muzik,tetapi angan-angan
itu ditentang sekeras-kerasnya oleh kedua-dua orang tua saya.kata mereka,tiada masa depan dan buang masa semata-mata.baiklah,saya belajar tinggi-tinggi nanti saya akan jadikan muzik sebagai kerjaya sampingan,sama ada orang lain suka atau tidak,itu pilihan muktamad saya.

pada seawal usia 6 tahun,saya mula mengubah lirik lagu sewenang-wenangnya.kreativiti saya itu menjadi bahan ketawa saudara-mara serta rakan-taulan.tidak mengapa,kaurang tengoklah nanti..desis hati saya.

pada usia 15 tahun,saya mencuba nasib dalam pertandingan cipta lagu anjuran sebuah program realiti,berganding bahu bersama salah seorang penulis lirik profesional.namun,rezeki tidak menyebelahi kami.maka saya hampir-hampir berputus asa sehingga suatu kejadian pada suatu hari.jeng jeng jeng.,.haha..tidakla seberapa suspen,saya saja je buat suspen.

saya berpeluang bersembang dengan hanafi atau enha dari kugiran terpisah.beliau merupakan gitaris utama kugiran tersebut.beliau memberi saya semangat baru,sehinggalah saya mampu menghasilkan muzik semula.saya menemui pemain drum bernama rin sehinggalah tertubuhnya kumpulan Merah Ketengah atau Midway Scarlet.

dengan itu,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kugiran Terpisah atas kesudian meluangkan masa memberi inspirasi kepada kami untuk meneruskan perjuangan.

-Yana
merah terpisah= estranged scarlet XD

0 feedback(s):